Saturday, March 14, 2009
Bagaimana saya menghabiskan masa saya apabila cuti sekolah
Pada cuti sekolah saya dan keluarga saya menghabiskan masa kami di Singapura.Saya dan keluarga saya berjalan-jalan di Junction8 bersama-sama.Ibu saya membelikan saya baju baru untuk perkhemahan di Lim Chu kang Mei nanti.Saya berasa gembira sekali.Ibu saya juga menukarkan cermain mata saya.Cermin mata itu , harganya sungguh mahal sekali.Ibu memberitahu saya ,saya hanya boleh memakai cermai mata itu di rumah kerana ibu saya khuatir yang saya akan menghilangkan cermin mata itu di sekolah.Kakak saya pula membeli baju yang mahal daripada saya.Selepas membeli-belah di Junction8 kami semua pergi ke pusat membeli-belah yang lain.Saya berasa penat sekali apabila saya sudah pulang ke rumah. Selepas itu, saya membuat kerja sekolah saya walaupun saya berasa penat.Ibu saya berkata yang pada hari keesokkan , kami akan pergi ke Taman Haiwan.
Monday, March 9, 2009
Cara -cara menjadi pengguna blogspot yang bertanggungjawab
Untuk menjadi pengguna yang bertanggungjawab: Saya harus mematuhi arahan yang diberikan di lelaman.Saya tidak patut menggunakan kata -kata kesat.Jangan mengutuk sesiapa.Jangan meletakkan gambar - gambar yang lucah.Harus menghormati peribadi orang.Jangan meletakkan video yang kurang sopan.Jangan memecah masuk dalam peribadi orang.Kalau teman saya dikutuk saya akan menolongnya.Langkah-langkahnya saya akan menyuruhnya untuk memberitahu ibunya.Jikalau itu tidak berkesan saya akan menyuruhya untuk pergi ke lelaman yang dia boleh mengadu kepada.
Tuesday, March 3, 2009
Pengalaman menghasilkan blog bahasa melayu
Hari ini saya berasa gembira kerana ini hari pertama saya menghasilkan blog.Pada pertama kali, saya berasa keliru dan takut kerana saya akan membuat kesalahan. Saya mengikuti arahan dengan teliti.Apabila saya hendak memilih soalan yang mengenai siapa guru pertama kamu dan sebagainya saya ada sedikit masalah.Saya menyuruh hidayah memilihkan soalan itu dan dia pun membuat demikian.Menaip kata laluan saya pun ada sedikit masalah kerana ada banyak kata laluan yang ada di dalam otak saya.Cikgu siti berkata yang pada minggu hadapan kita harus menyelesaikan penulisan di blog.Saya hampir selasai, jadi saya tidak perlu risau.Sekarang saya sudah berasa lega sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)