Saturday, March 14, 2009

Bagaimana saya menghabiskan masa saya apabila cuti sekolah

Pada cuti sekolah saya dan keluarga saya menghabiskan masa kami di Singapura.Saya dan keluarga saya berjalan-jalan di Junction8 bersama-sama.Ibu saya membelikan saya baju baru untuk perkhemahan di Lim Chu kang Mei nanti.Saya berasa gembira sekali.Ibu saya juga menukarkan cermain mata saya.Cermin mata itu , harganya sungguh mahal sekali.Ibu memberitahu saya ,saya hanya boleh memakai cermai mata itu di rumah kerana ibu saya khuatir yang saya akan menghilangkan cermin mata itu di sekolah.Kakak saya pula membeli baju yang mahal daripada saya.Selepas membeli-belah di Junction8 kami semua pergi ke pusat membeli-belah yang lain.Saya berasa penat sekali apabila saya sudah pulang ke rumah. Selepas itu, saya membuat kerja sekolah saya walaupun saya berasa penat.Ibu saya berkata yang pada hari keesokkan , kami akan pergi ke Taman Haiwan.

No comments: