Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA

PANTANG LARANG

Apa itu pantang larang? Menurut lelaman Wikipedia, pantang larang "kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang". Pada zaman ini, ramai masyarakat Melayu yang sudah tidak percaya pada pantang larang. Namun, bagi saya, pantang larang tidak boleh diambil ringan kerana banyak yang boleh dipelajari daripadanya. Misalnya, ada pantang larang yang mengingatkan kita agar jangan mencaci atau menceritakan kecacatan orang lain kerana dikhuatiri anak yang bakal dilahirkan akan cacat. Pada pendapat saya, pantang larang ini sungguh maksud akal kerana sebagai insan, kita tidak harus mencaci orang yang tidak sempurna kerana kita harus menjaga perasaan orang yang cacat itu.


No comments: