Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 -ENTRI KESEMBILAN


Nasi ayam telah dimakan oleh berbilang kaum kerana ia enak sekali.Apabila hari jadi saya ibu saya akan memasakkan saya nasi ayam.Saya pernah menanya ibu saya apa resipi untuk memasak nasi ayam .Ibu saya berkata yang kalau hendak memasak nasi ayam kita harus bersabar kerana ia mengambil banyak masa .

Cara-caranya adalah merebus ayam selama 15-20 minit.Selepas merebus ayam, kami boleh mula menggoreng ayam itu dengan menggunakkan minyak yang banyak.Selepas itu,kami boleh memasak nasinya.Hendak memasak nasinya agak susah kerana ia memerlukkan banyak bahan-bahan seperti bawang putih,halia,nasi,minyak masak,lemak ayam dan garam.Selepas itu,kami boleh menikmati nasi ayam itu dengan seleranya.

Saya berasa bersyukur kerana setiap hari jadi saya,ibu saya akan memasakkan saya nasi ayam.Sekarang baru saya faham yang memasak nasi ayam bukan senang seperti saya memirkir.Apabila saya sudah dewasa,saya boleh memasakkan ibu saya nasi ayam dengan mengikuti resipi yang sama.




No comments: