PANTANG LARANG IBU BERSALIN
Adat resam ini sungguh menarik perhatian saya. Dalam masyarakat Melayu, seorang ibu yang baru melahirkan anak harus berpantang selama empat puluh empat hari. Ia bermula daripada hari pertama ibu itu bersalin dan pantang larang ini tidak boleh diabaikan.
Ibu tersebut dilarang memakan makanan yang pedas-pedas atau yang kurang berkhasiat. Dia juga dilarang membuat apa jua kerja rumah. Ini termasuklah banyak berjalan. Selepas tujuh hari, barulah ibu tersebut dibenarkan untuk berjalan sedikit-sedikit . Pantang larang ini dianggap satu perkara yang penting walaupun ibu tersebut merasakan yang dia boleh membuat apa jua aktiviti.
Ketika dalam berpantang ibu tersebut dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain. Ini untuk mencegah angin daripada memasuki badan ibu tersebut. Di dahi ibu tersebut akan dilumurkan ubat untuk menarik keluar angin daripada dahinya. Suami juga tidak boleh meniduri isteri seketika isteri sedang berpantang.Ini kerana dalam masa berpantang si isteri akan berasa lemah dan sakit selepas bersalin.

Pada pendapat saya,pantang larang ini sungguh berfaedah kerana apabila ibu harus menjaga kesihatannya agar cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment