Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEPULUH

PANTANG LARANG

Kesimpulannya, pengamalan pantang larang bergantung pada setiap individu. Kita tidak boleh memaksa seseorang jikalau dia tidak ingin mengikut pantang larang.Tetapi kita harus ingat bahawa semua pantang larang ada logik di sebaliknya. Pantang larang mengingatkan kita agar berkelakuanbaik. Jika tidak, ada padahnya. Bagi saya, saya akan mengikut pantang larang untuk keselamatan saya.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 -ENTRI KESEMBILAN


Nasi ayam telah dimakan oleh berbilang kaum kerana ia enak sekali.Apabila hari jadi saya ibu saya akan memasakkan saya nasi ayam.Saya pernah menanya ibu saya apa resipi untuk memasak nasi ayam .Ibu saya berkata yang kalau hendak memasak nasi ayam kita harus bersabar kerana ia mengambil banyak masa .

Cara-caranya adalah merebus ayam selama 15-20 minit.Selepas merebus ayam, kami boleh mula menggoreng ayam itu dengan menggunakkan minyak yang banyak.Selepas itu,kami boleh memasak nasinya.Hendak memasak nasinya agak susah kerana ia memerlukkan banyak bahan-bahan seperti bawang putih,halia,nasi,minyak masak,lemak ayam dan garam.Selepas itu,kami boleh menikmati nasi ayam itu dengan seleranya.

Saya berasa bersyukur kerana setiap hari jadi saya,ibu saya akan memasakkan saya nasi ayam.Sekarang baru saya faham yang memasak nasi ayam bukan senang seperti saya memirkir.Apabila saya sudah dewasa,saya boleh memasakkan ibu saya nasi ayam dengan mengikuti resipi yang sama.




Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN


PANTANG LARANG

Pantang larang ini sungguh aneh bagi saya seperti demikian :
Jangan cukur kening ditakuti akan hilang seri muka.Bagi saya pantang larang ini tidak maksud akal kerana kebanyakkan wanita sekarang menyukur kening mereka sebelum mereka kahwin.Pada pendapat saya,wanita-wanita ini tidak percaya dengan pantang larang dan mengingat bahawa pantang larang adalah benda karut.

Pantang larang ini juga menarik perhatian saya,melontarkan baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain untuk mengelakkan hujan turun ketika majlis.Pada pendapat saya,tidak banyak orang yang akan membuat demikian kerana sekarang kebanyakkan orang tinggal di rumah pangsa dan jikalau mereka membuat demikian baju mereka akan termasuk ke dalam rumah jiran mereka.



Saturday, July 17, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETUJUH




ADAT RESAM
Bertindik.Apa itu bertindik?Bertindik adalah suatu tradisi yang dilakukan dengan kedua cuping telinga anak perempuan ditindik oleh tukang tindik, ia menggunakan sejenis daun.Adat bertindik sebenarnya dilakukan untuk meraihkan anak perempuan yang dianggap akan meningkat dewasa bagi mendidiknya untuk menghiasi dirinya dengan kemas.Tetapi,sekarang adat tersebut sudah diambil sambil lewa kerana sudah adanya kedai tindik yang berdekatan dengan perumahan estate dan mereka yang ingin bertindik hanya perlu menuju ke kedai tersebut. Ini juga menjimat masa untuk segolongan masyarakat Melayu.






Friday, July 16, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM


ADAT RESAM



Apa itu adat resam?Tertanya saya kepada diri saya sendiri.Adat resam adalah adat diturun menurun daripada nenek moyang kita.Salah satu adat resam yang saya mengetahui adalah melenggang perut,melenggang perut adalah suatu adat yang dijalankan kepada ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat sepatutnya di depan pintu rahim ibunya.Waktu itu,bidan dipanggil untuk memeriksa ibu untuk menentukan kalau ibu demikian sudah genap tujuh bulan atau belum.Jika ibu demikian sudah genap tujuh bulan maka bidan tersebut diupah untuk melenggangkan perut ibu tersebut.

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA


ADAT RESAM



Maksud bersalin adalah bayi yang ada di dalam kandungan ibu sudah genap sembilan bulan sembilan hari dan ia boleh dilahirkan.Bidan itu diupah untuk melahirkan bayi tersebut.Pada masa dahulu,mengikut kepercayaan orang tua apaila ibu tersebut sedang bersalin akan datangnya syaitan untuk menjilat darahnya.Untuk mencegah syaitan itu daripada menjilat darah ibu tersebut,orang tua akan meletakkan secekak daun mengkuang yang berduri di bawah rumah dan tempatnya harus tepat ia tu di bawah tempat ibu yang bersalin.Tetapi,sekarang kebanyakkan masyarakat Melayu pergi ke hospital untuk bersalin kerana di hospital ada pakar yang akan menlayani ibu tersebut.















































































Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT


Pantang Larang Ibu Hamil



Selain daripada itu,ibu hamil tidak boleh melintasi ampaian kerana nanti anak gagap.Ini disebakan, penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersandung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan.Pantang larang ini sugguh berfaedah kerana ibu hamil harus menjaga kandungannya dengan baik supaya anak di dalam kandungnya sihat walfiat.



Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA


PANTANG LARANG IBU BERSALIN

Adat resam ini sungguh menarik perhatian saya. Dalam masyarakat Melayu, seorang ibu yang baru melahirkan anak harus berpantang selama empat puluh empat hari. Ia bermula daripada hari pertama ibu itu bersalin dan pantang larang ini tidak boleh diabaikan.


Ibu tersebut dilarang memakan makanan yang pedas-pedas atau yang kurang berkhasiat. Dia juga dilarang membuat apa jua kerja rumah. Ini termasuklah banyak berjalan. Selepas tujuh hari, barulah ibu tersebut dibenarkan untuk berjalan sedikit-sedikit . Pantang larang ini dianggap satu perkara yang penting walaupun ibu tersebut merasakan yang dia boleh membuat apa jua aktiviti.

Ketika dalam berpantang ibu tersebut dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain. Ini untuk mencegah angin daripada memasuki badan ibu tersebut. Di dahi ibu tersebut akan dilumurkan ubat untuk menarik keluar angin daripada dahinya. Suami juga tidak boleh meniduri isteri seketika isteri sedang berpantang.Ini kerana dalam masa berpantang si isteri akan berasa lemah dan sakit selepas bersalin.


Pada pendapat saya,pantang larang ini sungguh berfaedah kerana apabila ibu harus menjaga kesihatannya agar cepat sembuh.



Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA


PANTANG LARANG SEBELUM BERKAHWIN

Ada juga pantang larang yang tidak boleh dilakukan sebelum pasangan lelaki dan perempuan berkahwin. Misalnya, jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku tohmahan masyarakat. Dengan pantang sebegini juga, pasangan tersebut belajar untuk menahan nafsu dan menahan perasaan rindu.

Pada pendapat saya, pantang larang ini sungguh berfaedah kerana ia akan mengajar pasangan tersebut untuk bersabar dan tidak melanggar ajaran agama.



Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA

PANTANG LARANG

Apa itu pantang larang? Menurut lelaman Wikipedia, pantang larang "kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang". Pada zaman ini, ramai masyarakat Melayu yang sudah tidak percaya pada pantang larang. Namun, bagi saya, pantang larang tidak boleh diambil ringan kerana banyak yang boleh dipelajari daripadanya. Misalnya, ada pantang larang yang mengingatkan kita agar jangan mencaci atau menceritakan kecacatan orang lain kerana dikhuatiri anak yang bakal dilahirkan akan cacat. Pada pendapat saya, pantang larang ini sungguh maksud akal kerana sebagai insan, kita tidak harus mencaci orang yang tidak sempurna kerana kita harus menjaga perasaan orang yang cacat itu.